Who Am I


Saya lahir di sebuah kampung terpencil di dalam Bahagian Kedua, Sarawak, dalam tahun enam puluhan, setahun selepas Sarawak menyertai Malaya untuk membentuk negara Malaysia. Kampung yang dikenali sebagai Debak ini terletak lebih kurang 200Km dari bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Walaupun terletak jauh di pedalaman, namun pekan Debak hanya terletak lebih kurang 6Km dari jalan utama (dikenali sebagai Pan Borneo) yang menghubungkan bandar-bandar utama di Sarawak. 

Sebagai anak orang miskin, kehidupan di zaman kanak-kanak amatlah sukar, umpama kais pagi makan pagi. Namun saya masih bersyukur kepada Allah SWT kerana saya tidak pernah kelaparan dek akibat tiada makanan. Inilah kebaikannya hidup di kampung di mana makanan berada di mana-mana seperti buah-buahan dan ikan-ikan di sungai dan dek kerana pemurahnya orang-orang kampung. Alhamdulillah!


No comments:

Post a Comment